Dalam hidup ini, adalah mustahil seseorang tidak merasai kegagalan. Kerana kehidupan ibarat roda yang kadang-kadangnya kita di atas dan kadang-kadangnya kita dibawah. Di saat kita mengalami sesuatu kegagalan, apa yang membezakan kita dengan orang yang ‘loser’, Ya, kita lalui kegagalan tapi apa beza kita dengan yang akan mengalami kegagalan selamanya. Mengalami kegagalan selamanya ?

We as Muslim, selagi kita masih ada iman dalam diri tidak mungkin kita akan mudah untuk berada dalam kegagalan selama-lamanya. Iman mengajar kita untuk berubah, iaitu berubah menjadi lebih baik dan tidak mudah bergantung harap pada insan lain untuk kembali bangkit kerana Tuhan lah tempat berharap yang semoleknya. Kegagalan yang menyebabkan seseorang hamba itu lupa erti bersyukur, mereka lupa bersyukur akan hakikat masih diberi keimanan yang teguh dalam diri. Tengok diluar sana, bertapa ramai yang berada di atas tidak kenal erti syukur. Leka dengan urusan dunia.
Jangan Berputus Asa.
Walau dimana kita berada kita tidak patut menyalahkan takdir yang menentukan nasib kehidupan kita. Takdir ada dua jenis iaitu yang boleh diubah dan tak boleh diubah. Sebagai contoh, kita dilahirkan sebagai lelaki dan selepas 20 tahun hidup sebagai lelaki kita mula merasai kepayahan hidup seorang lelaki. Then kita mempertikaikan, “kenapalah aku dilahirkan lelaki ?” Nauzubillah, kita sudah lupa atas setiap sesuatu perkara itu pasti ada sebabnya. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Haruslah kita redha dengan takdir yang azali ini supaya kita tidak terpesong dalam urusan/ibadat dunia yang bakal menentukan di mana kita layak ditempat di akhirat kelak. Syurgakah ? atau Nerakakah ?
Takdir kedua iaitu takdir yang boleh berubah atas kemahuan sendiri. Dilahirkan dalam keluarga susah tidak semestinya kita akan berada dalam kesusahan selama kita hidup di dunia. Mungkin kita bicara soal kekangan kewangan untuk menuntut ilmu dan seumpanya. Trust me, selagi kita yakin rezeki kita untuk mencari ilmu ataupun mencari rezeki terbentang luas, tiada halangan yang tidak mampu kita redahi. Berusahalah dalam mencapai sesuatu, jangan mengharap kesenangan, kebahagiaan, kejayaan dan sebagainya datang bergolek dan jangan mudah berputus asa.

Kegagalan langkah pertama untuk berjaya.
Manisnya kegagalan tidak siapa pun yang ketahui sebenarnya melainkan dia berterusan berusaha untuk tidak berada di bawah lagi. Dimanakah manisnya ? Selagi kita berusaha dan tidak mudah putus asa pasti kita pasti akan berjaya. Kita berjaya selepas melalui detik keperitan hidup kesukaran menuntut ilmu dan sebagainya. Once kita berjaya diiringi doa keramat kita yang tidak putus-putus memohon dari Yang Maha Esa, kita pasti tidak lupa mereka yang dibawah. Dulu kita susah, kita bodoh tapi bila kita dah berjaya, kita dah pandai adakah kita akan mengeji orang yang rendah yang sama dengan taraf kita dahulu?
Taraf yang menilai kita adalah dari Dia, pencipta kita semua. Bila kita sudah berjaya pasti terlintas dalam hati kita macam mana kita berusaha untuk berjaya ? siapa yang tolong kita ? Atas keredhaan kejayaan melalui iman itulah yang akan mengimbau kembali di saat kita di bawah yang akan membuat kita terfikir, hidup ini sangat manis sekiranya kita semua berada dalam suasana yang sama. Kita hidup dalam kualiti hidup yang sama, seterusnya dapat beribadat dengan penuh tawaduk.
Berusahalah, kejayaan dunia bukan penentu di mana kita diakhirat kelak. Tunjukkan kepada Pencipta kita, kita berusaha sebagai suatu ibadat dan kita tidak pernah melupakan pencipta kita selama mana kita hidup. Tuhan mengeji orang yang mudah berputus asa, tiada yang mustahil dalam hidup ini melainkan usaha bersungguh-sungguh dan tidak henti-henti memohon pertolongan dari yang Maha Asa.
stevenvictory
Tidak ada komentar:
Posting Komentar